«

»

Kenapa Mayat Firaun Masih Utuh?

BagikanPin on PinterestShare on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on Tumblr

f34Bayak orang yang tidak tahu tentang jasad Firaun yang hingga kini masih terpelihara, jadi satu kajian telah dibuat oleh seorang ilmuwan yang sangat terkenal dan akhirnya hasil atau keputusan yang didapati sangat menajubkan sehingga ilmuwan tersebut memeluk islam setelah mengkaji penemuan mayat firaun pada pertengahan tahun 1975..
Apa sebabnya jasad Fir’aun terpelihara sampai saat ini?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumi Fir’aun, Ramsess II yang sangat terkenal. Fir’aun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikutnya yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumi itu diterbangkan ke Paris.

Bahkan ketika sampai di sana kedatangan mumi itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuk para militer dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumi itu dibawa lalu di hadapan didepan mereka. Mumi itu kemudian diletakkan di ruang khusus di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekaligus membongkar rahasianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulai kerjaya di bidang perobatan dan pada tahun 1945 beliau dilantik sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Banyak kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan jasa Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan mengungkap mumi Fir’aun, mengerahkan seluruh tenaga dan pikirannya untuk menguak misteri di balik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumi tersebut sebagai bukti terbesar bahwa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Yaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumi supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik dibanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan dari laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, yaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumi Fir’aun: Sebuah Penelitian Perobatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan yaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahwa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Fir’aun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa Al Qur’an yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telah meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumi itu baru saja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan Al Qur’an telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumi Fir’aun yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana Al Qur’an dapat membicarakan kisah Fir’aun yang jasadnya diselamatkan dan hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Fir’aun yang berusaha menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Padahal kejadian Musa dikejar Fir’aun telah berlaku sebelum Al Qur’an diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Fir’aun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Fir’aun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Fir’aun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Fir’aun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumi dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumi itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Fir’aun yang menyebabkan Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Fir’aun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat Al Qur’an berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

Maka pada hari ini Kami akan selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pengajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakkan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” ( QS. Yunus, 10 : 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju mengungkap lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan nafas dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan Al Qur’an ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi Al Qur’an. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, yaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahwa Al Qur’an adalah sesuai dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesalahan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesalahan seperti itu ada dalam Al Qur’an. “Al Qur’an yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahwa tidak diragukan lagi Al Qur’an benar-benar kalam Allah.

BagikanPin on PinterestShare on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on Tumblr

1 comment

  1. Jihan Aura L

    Subhanallah! Allahu Akbar! saya terharu sekali mendengarnya. Al Qur’an itu memang sudah dibuktikan kejujuran dan faktanya, dan Al Qur’an itu tidak di buat buat

Tinggalkan Balasan

Alamat surel Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Anda dapat menggunakan tag dan atribut HTML berikut: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>